Keselesaan ke tempat kerja mempengaruhi kualiti hidup masyarakat bandar di Mukim Kajang, Selangor

Shafii, Haryati and Musa, Sharifah Meryam Shareh (2010) Keselesaan ke tempat kerja mempengaruhi kualiti hidup masyarakat bandar di Mukim Kajang, Selangor. Nota Penyelidikan, 79. pp. 105-115.

[img] Text
J4408_a5994cce4bb9e750bb317de2d6147da8.pdf
Restricted to Registered users only

Download (723kB) | Request a copy

Abstract

Keselesaan penduduk ke tempat bekerja boleh mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Kajian ini telah mengenalpasti bahawa keselesaan ke tempat bekerja merupakan aspek yang boleh menyumbang kepada kualiti hidup yang baik. Oleh itu, aspek keselesaan ke tempat kerja harus diambilkira dalam menilai kualiti hidup masyarakat di bandar. Permasalah kajian ini ialah isu ketidakselesaan penduduk ke tempat bekerja telah menyebabkan gangguan pada kualiti hidup. Objektif kajian ialah mengkaji persepsi penduduk di bandar terhadap keselesaan ke tempat kerja. Kajian dijalankan di Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kaedah soal selidik telah digunakan di lapangan. Sejumlah 700 responden telah dipilih secara rawak bebas di kawasan kajian. Data-data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati paling ramai responden iaitu 135 orang bekerja di tempat lain-lain, 112 bekerja di Kajang,105 bekerja di Bandar Baru Bangi, 36 bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia dan 26 bekerja di Serdang. Analisis perkaitan antara jarak rumah ke tempat bekerja menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 89.329 dan signifikan pada aras 0.05 (p=0.000), perkaitan antara jarak rumah ke tempat kerja dengan tempoh terlibat kesesakan lalu lintas menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 227.568 dan signifikan pada aras 0.05 (p=0.000). Sejumlah 208 responden terganggu emosi semasa berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas, manakala 150 menyatakan masih boleh bersabar. Seramai 359 responden menyatakan tidak selesa ke tempat kerja sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.Kajian merumuskan bahawa kajian keselesaan ke tempat kerja wajar digunakan sebagai penunjuk kualiti hidup masyarakat di bandar, berdasarkan konflik-konflik yang dialami penduduk di bandar semasa berinteraksi ke tempat bekerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kualiti hidup; tempat bekerja; ketidakselesaan; persepsi penduduk.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:16
Last Modified: 17 Oct 2022 06:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7851

Actions (login required)

View Item View Item