Kepentingan penguasaan kecerdasan emosi (EQ) pelajar luar bandar : harapan dan cabaran dalam pembentukan modal insan berjiwa kelas pertama

Johar, Siti Sarawati (2009) Kepentingan penguasaan kecerdasan emosi (EQ) pelajar luar bandar : harapan dan cabaran dalam pembentukan modal insan berjiwa kelas pertama. In: International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009). -, pp. 1-12.

[img]
Preview
Text
C39_427b38e84de6b81a7b455fc15dd1d8b2.pdf

Download (135kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini lebih tertumpu pada perbincangan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi (EQ) dalam kalangan pelajar luar bandar bagi suatu dimensi pendidikan yang lebih bersepadu dalam pembentukan modal insan berjiwa kelas pertama. Perbincangan adalah dari segi takrifan kecerdasan emosi, impak, kerangka konseptual, harapan dan cabaran. Pemisahan jarak antara luar bandar dengan bandar telah mewujudkan suatu konotasi yang nyata berbeza yang diukur dari pandangan kasar sekaligus membawa nilai budaya yang turut berbeza dari beberapa sudut. Kejauhan seolah membuatkan pelajar luar bandar kurang mendapat pendedahan dan kurang pengalaman sehingga membawa impak secara psikologikal dari segi pembangunan emosi kendiri dan komunikasi yang pragmatis. Hal ini turut seolah menampakkan mereka kelihatan agak rendah diri dan malu menghadapi persaingan yang berkompetitif sehingga menenggelamkan potensi yang telah ada dalam diri masing-masing dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencengkam. Maka kesannya kecerdasan emosi tidak seimbang dengan kecerdasan intelek yang memungkinkan pelajar luar bandar terus dalam dunia masing-masing dan kurang menyerlah untuk menghasilkan kesinambungan ilmiah dan rohaniah. Oleh itu, keperluan memiliki kecerdasan emosi adalah sama penting dengan penguasaan kecerdasan intelek bagi mencapai suatu keseimbangan yang sebenar dalam kehidupan. Kekuatan kecerdasan emosi mampu membawa kekuatan dalaman yang menampilkan personaliti lebih unggul serta berkeupayaan memperlihatkan pelajar luar bandar boleh berdiri sebagai seorang warganegara yang tinggi jati diri dan berani menghadapi kompetitif dunia luar sekaligus bijak menangani cabaran. Pemilikan utuh kecerdasan emosi dalam diri pelajar luar bandar juga akan mampu merealisasikan harapan negara untuk mewujudkan modal insan yang berjiwa serta berminda kelas pertama. Nilai positif yang terbina melahirkan masyarakat yang bercirikan nilai murni sebagai asas kukuh kehidupan yang bersifat sejagat di samping penguasaan ilmu yang membawa kesinambungan kegemilangan tamadun negara bangsa.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Center for Language Studies > Department of English Language and Linguistics
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:20
Last Modified: 17 Oct 2022 06:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7883

Actions (login required)

View Item View Item