Ahmad, Zanariah (2017) Pembangunan modul kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk politeknik premier. Doctoral thesis, Universiti Malaya.
|
Text
24p ZANARIAH AHMAD.pdf Download (62MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif di politeknik premier untuk mengatasi masalah pelajar dalam menghubung kait kemahiran dengan pengetahuan. Metodologi kajian reka bentuk dan pembangunan yang dipelopori oleh Richey dan Klein (2014) telah digunakan dengan melibatkan tiga fasa kajian. Data fasa pertama, analisis keperluan, telah dikutip dengan menggunakan borang soal selidik terhadap 200 pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari tiga politeknik premier. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 21. Data untuk bahagian pertama dalam fasa kedua, peringkat reka bentuk modul telah dikutip dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 23 orang panel pakar dalam bidang Kurikulum, Teknik dan Vokasional, Kejuruteraan Mekanikal, dan Teknologi Pengajaran. Analisis adalah berdasarkan respons pakar terhadap soal selidik yang menggunakan skala Likert Linguistik Fuzzy. Nilai ambangan d dihitung untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Data untuk bahagian kedua dalam fasa kedua, peringkat pembangunan pula melibatkan pemurnian modul dari segi rancangan mengajar dan bahan pembelajaran dalam format video bagi topik daya vektor oleh empat orang panel pakar. Fasa ketiga menggunakan kaedah kuasieksperimental untuk menilai keberkesanan modul. Perbandingan pencapaian antara kumpulan rawatan dan kawalan telah dilaksanakan melalui pra-ujian dan pasca-ujian. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kemahiran dan akses kepada alatan teknologi dan komputer, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dan e-pembelajaran. Dapatan bahagian pertama dalam fasa kedua, reka bentuk modul, menunjukkan panel pakar mencapai konsensus bersama dengan nilai ambangan d ::::0.2 melebihi 75% dari segi kesesuaian item-item dalam modul pedagogi tersebut. Dapatan bahagian kedua dalam fasa kedua, pembangunan modul, mencadangkan beberapa penambahbaikan terutama dari segi penggunaan bahan format video dan pop kuiz. Dapatan fasa ketiga, melalui ujian-t sampel berpasangan, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kawalan, dengan nilai p adalah .000 iaitu kurang dari .05 (p < 0.05). Dapatan juga menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai nilai kesan saiz yang tinggi iaitu sebanyak eta-squared TJ2 = 0. 12 berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif berkesan untuk membantu pelajar menghubung kait kemahiran dengan pengetahuan. Modul ini berpotensi untuk diguna pakai oleh pensyarah, guru dan pelajar di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB5-45 General' |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 17 Oct 2022 06:20 |
Last Modified: | 17 Oct 2022 06:20 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7886 |
Actions (login required)
View Item |