Analisis tren semasa demografi personel penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia

A. Rahman, M. A. and A. Akasah, Z. and F. Zuraidi, S.N. (2011) Analisis tren semasa demografi personel penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Journal of Surveying, Construction and Property, 2. pp. 29-37.

[img] Text
J5308_0809fed13aaf7cad8fb9cee51439a705.pdf
Restricted to Registered users only

Download (362kB) | Request a copy

Abstract

Personel penyenggaraan merupakan antara keperluan sumber terpenting bagi sesebuah organisasi penyenggaraan. Tanpa personel penyenggaraan adalah mustahil kerja-kerja penyenggaraan sesebuah bangunan itu dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun, tinjauan literatur mendapati bahawa kebanyakkan personel penyenggaraan hari ini terdiri daripada kalangan yang tidak terlatih serta tidak berkelayakan. Jesteru itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan tren semasa demografi personel penyenggaraan dalam praktis pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Instrumen kajian berupa set soalselidik dan diedarkan kepada setiap personel penyenggaraan yang terlibat dari beberapa buah bangunan warisan terpilih. Hasil kajian mendapati kurang satu pertiga daripada bilangan personel yang terlibat mempunyai kelayakan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan warisan. Ini membuktikan bahawa praktis penyelenggaraan hari ini tidak dilakukan oleh personel yang benar-benar berkelayakan. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran semasa berkenaan dengan praktis penyenggaraan bangunan warisan dan seterusnya membuka ruang untuk penambahbaikan di masa hadapan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bangunan warisan; penyenggaraan; personel; tren demografi.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Structural and Materials Engineering
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:22
Last Modified: 17 Oct 2022 06:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7898

Actions (login required)

View Item View Item