Hubungan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pencapaian akademik

Akmad, Seri Nian (2007) Hubungan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pencapaian akademik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SERI NIAN AKMAD.pdf

Download (848kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SERI NIAN AKMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (286kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SERI NIAN AKMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Rata-rata ramai pelajar yang menganggap bahawa menyertai aktiviti kolej seperti menjadi pemimpin jawatankuasa tertinggi dalam sesebuah kelab/persatuan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar kerana menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam kelab/persatuan dan hubungan komitmen pelajar terhadap kelab dengan pencapaian akademik mereka jugaperbezaan pencapaian akademik pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Reka bentuk bagi kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan. Seramai 504 bilangan responden yang terdiri seramai 86 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan seramai 418 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan kaedah crosstab, kolerasi pearson, ujian-t tidak bersandar dan purata skor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor minat merupakan faktor utama pelajar menyertai persatuan/kelab. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menjawat dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Dapatan juga menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik apabila mereka meletakkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti berbanding daripada pelajar yang meletakkan komitmen sederhana dan rendah terhadap kelab. Dapatan juga menunjukkan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman mempunyai peratusan pelajar yang paling ramai berada pada pencapaian akademik yang cemerlang dan baik. Manakala bagi analisis kolerasi pearson pula mendapati wujudnya hubungan positif yang sangat lemah iaitupada kadar 0.015 bagi aras keertian 0.01 di antara item komitmen pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi dalam kelab. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kegiatan kelab/persatuan todak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:25
Last Modified: 17 Oct 2022 06:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7921

Actions (login required)

View Item View Item