Konsep Al Asma Al Husna asas pembinaan falsafah ilmu kejuruteraan Islam

Mohd. Khalid, Halimi and Zainol, Nur Zainatul Nadra and Samian, Abdul Latif (2012) Konsep Al Asma Al Husna asas pembinaan falsafah ilmu kejuruteraan Islam. In: Seminar Falsafah dan Tamadun 2018 (SEFATA 2018), 12 Nov 2018, USM.

[img]
Preview
Text
P10569_985f6916924262241c7eb60eb0301939.pdf

Download (794kB) | Preview

Abstract

Al-Asma Al-Husna adalah rangkai kata yang merujuk kepada Nama-Nama Allah yang membawa maksud ketinggian serta kemashyuran pada sifat-sifatNya serta mengandungi kebaikan, keindahan dan kecantikan dari maknanya.Kebanyakan penulis yang menghuraikan Al Asma Al Husna ini sering kali menyatakan kebaikan yang bakal diperolehi daripada perbuatan menyebut, memahami dan menghayati maksud nama-nama Allah ini dalam kehidupan seharian. Namun, didapati falsafah ilmu kejuruteraan barat telah memisahkan elemen agama dalam teori-teori ilmu kejuruteraan mereka. Oleh itu, teori-teori ini bercanggah dengan kaedah ilmu dalam Islam iaitu menggabungkan antara agama dan ilmu. Justeru, kajian ini memberikan tumpuan kepada menggali konsep al-Asma al-Husna untuk menghubungkan dengan falsafah ilmu kejuruteraan. Artikel ini adalah berbentuk kajian konsep yang mengaplikasi metode analisis kandungan sebagai metode utama untuk mendapatkan data tentang menghubung Nama-Nama Allah SWT yang mulia ini dengan ilmu kejuruteraan sebagai asas untuk pembinaan falsafah ilmu kejuruteraan Islam. Hasil kajian menunjukkan melalui kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap hakikat maksud nama-nama tersebut akan mendorong para jurutera Islam untuk berpegang kepada falsafah ilmu kejuruteraan yang mereka pelajari sebagai satu bentuk kiasan dari ilmu,kebijaksanaan, kekuasaan dan kreativiti Allah SWT.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Al Asma al Husna; Falsafah Ilmu Kejuruteraan Islam; Metafizik,
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 06 Dec 2022 02:56
Last Modified: 06 Dec 2022 02:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8071

Actions (login required)

View Item View Item