Permodelan pendidikan jarak jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Sahekhaini, Asnizah (2004) Permodelan pendidikan jarak jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p ASNIZAH SAHEKHAINI.pdf

Download (651kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ASNIZAH SAHEKHAINI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (285kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ASNIZAH SAHEKHAINI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah menjadi satu komponen yang utama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia menjadi salah satu saluran di dalam melahirkan tenaga keija berpengetahuan untuk negara. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk "Permodelan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO)". Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model PJJ dan melihat persepsi pelajar terhadap model yang dibangunkan terhadap aspek-aspek kaedah perlaksanaan program, sistem pengurusan, khidmat sokongan dan teknologi pendidikan. Data dipungut daripada 90 orang responden yang terdiri daripada pelajar PJJ di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui instrumen kajian menggunakan temubual dan borang soal selidik. Temubual dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat untuk dijadikan panduan pembinaan model. Manakala soal selidik bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap model yang dibangunkan. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 11. Skor min digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang difokuskan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang dicadangkan adalah tinggi dengan skor min bagi keseluruhan persoalan yang diuji ialah 4.19 (a = 0.643).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC5201-6660.4 Education extension. Adult education. Continuing education
L Education > LC Special aspects of education > LC5201-6660.4 Education extension. Adult education. Continuing education > LC5800-5808 Distance education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Jan 2023 03:38
Last Modified: 17 Jan 2023 03:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8150

Actions (login required)

View Item View Item