Kajian mengenai keselamatan komputer daripada virus, ke atas pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Ilyas, Adlin Yusnita and Mat Saad, Azalinda and Abdullah, Sahillah and Jantan, Julia (2001) Kajian mengenai keselamatan komputer daripada virus, ke atas pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p ADLIN YUSNITA lLYAS.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ADLIN YUSNITA lLYAS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (297kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ADLIN YUSNITA lLYAS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB) | Request a copy

Abstract

Serangan virus ke atas komputer merupakan fenomena yang semakin berleluasa kini. Satu kajian telah dilakukan ke atas pensyarah di dua Jabatan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn iaitu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional serta Pus at Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 35 orang pensyarah yang terdiri daripada 19 orang di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan 16 orang di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. Daripada keputusan analisis yang diperolehi, 3 tahap iaitu pengetahuan, persediaan dan pencegahan dikenalpasti dan terdapat perbezaan skor yang dikategorikan tinggi, sederhana dan rendah diperolehi. Di akhir kajian kes ini, pengkaji memperolehi keputusan yang sederhana bagi tahap pengetahuan untuk semua responden dikedua-dua jabatan lelaki dan perempuan. Manakala tahap persediaan adalah sederhana bagi responden lelaki dikedua-dua Jabatan dan perempuan di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Namun begitu, tahap tinggi bagi responden perempuan di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi. Tahap pencegahan adalah seimbang di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi responden lelaki manakala selebihnya berada di tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:27
Last Modified: 07 Feb 2023 03:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8181

Actions (login required)

View Item View Item