Hubungan efikasi kendiri, beban tugas dan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru di kolej vokasional

Eee, Chinge Tien and Yii, Chai Tin (2022) Hubungan efikasi kendiri, beban tugas dan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p EEE CHINGE TIEN @ YII CHAI TIN.pdf

Download (830kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
EEE CHINGE TIEN @ YII CHAI TIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (321kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
EEE CHINGE TIEN @ YII CHAI TIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Perubahan kepada sistem pengurusan dan penstrukturan semula kurikulum vokasional serta pengakreditasian kurikulum Kolej Vokasional (KV) daripada beberapa badan professional yang berbeza sedikit sebanyak menyebabkan beban tugas guru vokasional semakin tinggi dan mewujudkan pertambahan masalah kesihatan mental yang mengancam efikasi kendiri guru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap beban tugas, efikasi kendiri dan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru di KV dan seterusnya menilai hubungann antara konstruk tersebut. Persampelan kajian melibatkan 269 orang guru dari lapan buah KV di sekitar Johor. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif berbentuk tinjauan dan korelasi dengan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian telah menunjukkan efikasi kendiri guru dan masalah kesihatan mental guru berada pada tahap tinggi. Beban tugas keseluruhan juga di tahap tinggi tetapi dapatan bebanan bidang kurikulum di luar jangkaan penyelidik, iaitu berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang tidak kuat di antara efikasi kendiri dengan masalah kesihatan mental (nilai korelasi =0.45) dan juga beban tugas dengan masalah kesihatan mental (nilai korelasi=0.24). Dapatan ini membawa implikasi bahawa masa kini efikasi kendiri dan beban tugas bukanlah faktor penentu yang kuat untuk tahap masalah kesihatan guru vokasional. Maka, satu kerangka konsep kesihatan mental dicadangkan bagi memantapkan tahap efikasi kendiri guru untuk memikul beban tugas mengikut perubahan masa serta mampu menurunkan tahap masalah kesihatan mental guru KV. Diharap dengan dapatan ini dapat memberi idea kepada pihak yang berkepentingan dalam sistem Pendidikan Teknikal & Vokasional, supaya dapat memupuk kesihatan mental para guru mengikut kerangka konsep yang dibentuk untuk memperkasakan efikasi kendiri guru selari dengan kehendak organisasi dan negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:37
Last Modified: 07 Feb 2023 03:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8258

Actions (login required)

View Item View Item