Pelaksanaan ibadat solat dalam kalangan pesakit ortopedik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor

Kasim, Siti Maliati (2022) Pelaksanaan ibadat solat dalam kalangan pesakit ortopedik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI MALIATI KASIM.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI MALIATI KASIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI MALIATI KASIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan solat merupakan perkara wajib bagi seluruh umat Islam. Namun begitu, berbeza dengan perlaksanaan solat bagi pesakit ortopedik yang mempunyai keterbatasan dalam pergerakan dan memerlukan bantuan dalam urusan seharian. Keterbatasan dalam pergerakan seharusnya tidak menjadi penghalang kepada pesakit ini untuk menunaikan ibadah solat fardu. Oleh itu, perlunya satu kajian dalam mengetahui tahap kesedaran dalam melaksanakan ibadah solat dalam kalangan pesakit ortopedik. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan pengamalan ibadah solat fardu dalam kalangan pesakit ortopedik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana persampelan secara rawak telah digunakan bagi menentukan sampel yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 orang telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik. Kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi bahagian B, α = 0.728 manakala bahagian E, α = 0.713. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran terhadap perlaksanaan solat dalam kalangan pesakit ortopedik adalah tinggi iaitu (min=3.57), pengamalan solat dalam kalangan pesakit ortopedik adalah sederhana iaitu (min=2.37) dan sokongan terhadap cadangan pembinaan manual pengamalan solat dalam kalangan pesakit ortopedik rendah (min=1.67). Oleh itu, cadangan pada akhir kajian ini adalah membina manual pembangunan modul solat dalam kalangan pesakit ortopedik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Physics and Chemistry
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 20 Feb 2023 07:23
Last Modified: 20 Feb 2023 07:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8350

Actions (login required)

View Item View Item