Program kitar semula: isu governan yang baik di Batu Pahat

Lim, Wei Guan (2022) Program kitar semula: isu governan yang baik di Batu Pahat. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p LIM WEI GUAN.pdf

Download (381kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
LIM WEI GUAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (257kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
LIM WEI GUAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Peningkatan penjanaan sisa pepejal merupakan cabaran kepada pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Kerajaan telah melancarkan program kitar semula pada tahun 1993 dan 2000 tetapi kadar kitar semula masih rendah. Isu utama ialah governan yang baik kurang berfungsi di kalangan pihak berkepentingan dalam program kitar semula. Kajian ini menumpukan kepada isu governan yang baik dalam program kitar semula. Tiga objektif kajian ialah mengenalpasti program kitar semula yang dilaksanakan di kawasan kajian, menganalisis pandangan orang awam terhadap faktor-faktor governan yang baik dalam program kitar semula yang dijalankan dan membentukan kerangka kerja program kitar semula dengan penerapan faktor-faktor governan yang baik dan konsep PDCA untuk kelestarian program kitar semula. Kajian ini dijalankan di Batu Pahat kerana kadar kitar semula masih rendah. Jumlah populasi penduduk Batu Pahat mengikut Banci Penduduk Malaysia 2010 ialah 401,902, persampelan berstrata telah digunakan terhadap 384 responden orang awam dan kadar responden ialah 96%. Tiga pegawai daripada SWCorp, PBT dan SWM telah dipilih sebagai responden dan kadar responden ialah 100%. Metodologi kajian iaitu kaedah kuantitatif untuk orang awam melalui borang soal selidik dan kaedah kualitatif untuk pegawai pihak berkuasa melalui borang temubual serta pemerhatian masalah pembuangan sampah haram. Aplikasi SPSS telah digunakan sebagai kaedah analisis data orang awam dan analisis kandungan untuk temubual. Borang kesahan kerangka kerja juga dikemukakan kepada SWCorp, PBT, SWM dan ahli-ahli akademik untuk mengkaji kesahan kerangka kerja program kitar semula. Hasil kajian ialah masih kurang sambutan orang awam terdapat program kitar semula dan faktor demografi harus diambil kira dalam membentukan program kitar semula oleh pihak berkuasa. Proses pembentukan program kitar semula harus menerapkan faktor-faktor governan yang baik, faktor demografi dan konsep PDCA untuk mewujudkan program kitar semula yang sistematik, komprehensif dan lestari supaya kadar kitar semula dapat dipertingkatkan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Apr 2023 01:27
Last Modified: 02 Apr 2023 01:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8508

Actions (login required)

View Item View Item