Persepsi terhadap system pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat

Othman, Nurhidayah (2017) Persepsi terhadap system pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURHIDAYAH OTHMAN.pdf

Download (46MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NURHIDAYAH OTHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (41MB) | Request a copy

Abstract

Sistem pembelajaran elektronik (OLES) dilihat sebagai medium utama dalam pembangunan pendidikan abd ke-21. Pelajar perlu memanfaatkan dan menggunapakai sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka bagi menghasilkan kualiti pembelajaran yang cemerlang dan berkesan yang ditransformasikan melaui pelaksanaan sistem pembelajaran elektronik (OLES). Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat terhadap kesediaan pelajar dalam aspek pengetahuan, penggunaan dan motivasi terhadap sistem pembelajaran elektronik. Rekabentuk kajian yang dipilih adalah berbentuk kajian tinjauan dimana pendekatannya menggunakan kaedah kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 258 orang yang terdiri daripada pelajar KOlej Poly-Tech MARA Batu Pahat yang diambil dari pelbagai bidang kursus. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap sistem pembelajaran elektronik berada ditahap yang sederhana dengan nilai skor min 2.73. Manakala tahap penggunaan pelajara terhadap sistem pembelajaran elektronik adalah ditahap sederhana dimana nilai skor min 2.97. Anilisis hubungan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang positif antara pengetahuan, penggunaan dan motivasi pelajar terhadap penggunaan sistem pembelajaran elektronik. Bagi hubungan pengetahuan dengan penggunaan nilai kekuatan adalah r=0.767, p=0.000. Bagi pengetahuan dan motivasi nilai kekuatan adalah r=0.726, p=0.000 dan bagi penggunaan dan motivasi nilai kekuatan adalah r=0.784, p=0.000. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi melestarikan penggunaan sistem pembelajaran elektronik bagi memastikan hasil kecemerlangan di dalam pendidikan dapat dicapai.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Sep 2021 05:39
Last Modified: 06 Sep 2021 05:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/851

Actions (login required)

View Item View Item