Aliran lapisan sempadan olakan bebas terhadap silinder membulat dan mengufuk dengan syarat sempadan isoterma

Abd. Latif, Noor Azliza (2004) Aliran lapisan sempadan olakan bebas terhadap silinder membulat dan mengufuk dengan syarat sempadan isoterma. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
24p NOOR AZLIZA ABD. LATIF.pdf

Download (5MB)

Abstract

Penyelesaian berangka bagi masalah aliran mantap lapisan sempadan olakan bebas berlamina terhadap silinder membulat dan mengufuk dengan syarat sempadan isoterma di dalam bendalir likat diperoleh dalam kajian ini. Persamaan menakluk lapisan sempadan terlebih dahulu dijelmakan ke dalam bentuk tak berdimensi. Seterusnya, persamaan tersebut dijelma menggunakan penjelmaan tak serupa. Persamaan yang terhasil diselesai secara berangka menggunakan kaedah beza terhingga tersirat yang efisien iaitu skim kotak Keller. Penyelesaian yang terhasil bagi ciri-ciri pemindahan haba bagi kes nombor Prandtl, Pr=l diguna untuk membandingkan ketepatan kaedah ini dengan kaedah yang digunakan sebelumnya (Merkin 1976). Keputusan yang diperoleh menunjukkan hasil perbandingan adalah baik. Keputusan baru bagi kes nombor Prandtl, Pr=7 dengan skop masalah yang sama juga dibincangkan. Di samping itu, profil halaju dan profil suhu bagi nombor Prandtl Pr=l dan Pr=7 juga diketengahkan. Didapati, pekali pemindahan haba menokok, berbanding pekali geseran kulit yang menyusut dengan pertambahan nilai Pr. Seterusnya, profil suhu dan profil halaju menyusut pada lapisan yang lebih jauh dari permukaan silinder.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics
Q Science > QC Physics > QC251-338.5 Heat
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:13
Last Modified: 02 May 2023 02:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8657

Actions (login required)

View Item View Item