Abd Razak, Kamal Firdausi (2002) Portal pendidikan teknik dan vokasional : satu analisis di kalangan pelajar Sarjana Teknik dan Vokasional Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p KAMAL FIRDAUSI ABD RAZAK.pdf Download (675kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
KAMAL FIRDAUSI ABD RAZAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (293kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
KAMAL FIRDAUSI ABD RAZAK WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui sejauh mana keperluan pelajar kepada kewujudan Portal Pendidikan Teknik dan Vokasional. Portal Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan sebuah tapak Web di Internet yang akan digunakan oleh pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional khasnya sebagai sebuah pusat untuk mendapatkan maklumat akademik, mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota kuliah dan mencari maklumat di Internet dengan menggunakan enjin pencari. Ia juga sebagai pusat untuk proses komunikasi antara pelajar dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pensyarah. Dalam kajian ini, pelajar dari semester 2 sessi 2001/2002 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) akan menjadi sampel kajian. Data yang diperolehi daripada kaji selidik dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan min. Keputusan yang diperolehi akan menunjukkan adakah kewujudan Portal Pendidikan Teknik dan Vokasional ini penting kepada pelajar. Daripada analisis kajian menunjukkan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di KUiTTHO memerlukan sebuah portal Pendidikan. Sehubungan itu sebuah Portal Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dibangunkan dan dibuat penilaian terhadap rekabentuk serta kandungannya. Hasil dari penilaian ini menunjukkan Portal Pendidikan Teknik dan Vokasional ini boleh menjadi satu tapak permulaan kepada pelajar di Internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat. Namun begitu, ia memerlukan beberapa pembaikan dan penambahan ciri bagi melengkapkan fungsinya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > T Technology (General) T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 May 2023 02:17 |
Last Modified: | 02 May 2023 02:17 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8717 |
Actions (login required)
View Item |