Penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di sekolah menengah bestari

Md Yusoff, Ros Saidatunnaziah (2004) Penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di sekolah menengah bestari. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ROS SAIDATUNNAZIAH MD YUSOFF.pdf

Download (720kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ROS SAIDATUNNAZIAH MD YUSOFF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (316kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROS SAIDATUNNAZIAH MD YUSOFF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan teknologi maklumat, keberkesanan penggunaan teknologi dan juga mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Sekolah Menengah Bestari iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nairn Lilbanat, Kelantan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada lima aspek pengurusan iaitu pengurusan Sumber Pendidikan, Hal Ehwal Pelajar, Sumber Luar, Perpustakaan dan Asrama. Kaedah kajian adalah secara kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa peratusan pengurusan berbantukan teknologi maklumat sudah berada di tahap yang kurang memuaskan iaitu 60%. Setiap pengurusan tetap menggunakan perkakasan yang disediakan oleh pihak sekolah dan penggunaan IT amat berkesan dalam pengurusan untuk memudahkan pengendalian keija walaupun masih ada kekurangan peralatan di situ. Bahagian pengurusan perpustakaan juga mengalami kekurangan komputer untuk kegunaan pelajar dan terdapat peralatan yang rosak untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di bahagian akhir kajian ini beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah dikemukakan untuk membaiki kelemahan yang dikesan walaupun sudah berada dalam tahap yang boleh dibanggakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T55.4-60.8 Industrial engineering. Management engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:46
Last Modified: 16 May 2023 02:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8755

Actions (login required)

View Item View Item