Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif

Tuan Mat, Tuan Rozilaazawani (2004) Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p TUAN ROZILAAZAWANI TUAN MAT.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
TUAN ROZILAAZAWANI TUAN MAT COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (298kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
TUAN ROZILAAZAWANI TUAN MAT WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (37MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran kognitif dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi kejuruteraan. Kedua-dua aspek pembelajaran kognitif dan afektif amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran analitikal, menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif, komunikasi dan bekerja dalam kumpulan. Kajian ini adalah satu kajian untuk menilai kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Responden terdiri daripada 155 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan KUiTTHO semester akhir sesi 2003/2004 yang telah menjalani latihan industri dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah jenis soal selidik dan temubual. Soal selidik digunakan untuk membuat penilaian berdasarkan persepsi responden terhadap pengalaman pembelajaran yang ditempuhi di sepanjang pengajiannya di KUiTTHO. Kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti indikator-indikator pengalaman pembelaj aran pelaj ar-pelaj ar kejuruteraan. Data temubual diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan di KUiTTHO yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan SPSS version 11.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis nul iaitu Ujian-t Berpasangan dan Analisis Varians. Dapatan kajian menunjukkan kualiti keseluruhan pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO adalah pada tahap sederhana (skor min = 3.55). Bagi kualiti pengalaman pembelajaran dari aspek kognitif dan afektif adalah pada tahap sederhana (skor min = 3.48 dan 3.61 masing-masing). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal dalam pengalaman pembelajaran keseluruhan pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:50
Last Modified: 16 May 2023 02:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8769

Actions (login required)

View Item View Item