Indikator pelajar cemerlang: satu kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat

Adiman, Rohayah (2003) Indikator pelajar cemerlang: satu kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ROHAYAH ADIMAN.pdf

Download (756kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ROHAYAH ADIMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (288kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROHAYAH ADIMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Laporan projek saijana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Indikator Pelajar Cemerlang: Satu Kajian di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diwakili oleh pelajar-pelajar aliran kejuruteraan awam cemerlang, mengenalpasti sejauhmana indikator yang dihasilkan sesuai menggambarkan kecemerlangan pelajar aliran kejuruteraan awam sekolah ini serta untuk mengetahui halangan-halangan yang wujud dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar dan cara mengatasinya. Responden adalah terdiri daripada guru, staf sokongan sekolah dan 80 orang pelajar tingkatan empat dan lima aliran kejuruteraan awam Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Indikator yang dihasilkan dapat dijadikan sebagai satu piawaian yang dapat menjadi panduan samaada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang diwakili oleh pelajar-pelajar aliran kejuruteraan Awam itu cemerlang atau tidak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 11.0 for windows (Statistical Package for the social Science Version 11.0) digunakan untuk menganalisfs data yang diperolehi. Data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif iaitu taburan skor min dan peratusan. Dapatan menunjukkan hampir keseluruhan responden menyatakan pelajar-pelajar aliran kejuruteraan awam Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat cemerlang dan indikator yang dihasilkan sesuai digunakan. Responden pelajar telah memilih masalah displin pelajar yang kurang memuaskan sebagai halangan utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar sementara guru dan staf sokongan pula memilih faktor guru yang selalu menangguhkan kelas kerana terlalu sibuk dengan aktiviti di peringkat sekolah dan daerah sebagi halangan utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 18 Jun 2023 01:40
Last Modified: 18 Jun 2023 01:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9009

Actions (login required)

View Item View Item