Hubungan di antara gaya kepimpinan ibu bapa dengan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak

Ismail, Nor Mazana (2001) Hubungan di antara gaya kepimpinan ibu bapa dengan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NOR MAZANA ISMAIL.pdf

Download (915kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR MAZANA ISMAIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (321kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR MAZANA ISMAIL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Objektif bagi kajian ini ialah untuk melihat hubungan di antara gaya kepimpinan ibu bapa dengan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak dan melihat perbezaan jantina dengan gaya kepimpinan ibu bapa terhadap pelanggaran disiplin. Terdapat empat gaya kepimpinan ibu bapa iaitu gaya kepimpinan demokratik, gaya kepimpinan autoritarian, gaya kepimpinan permissive-indulgent dan gaya kepimpinan permissive-neglectful. Seramai 60 responden terlibat sebagai sampel dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan sample factorial anova. Daripada analisis data yang diperolehi, menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara gaya kepimpinan ibu bapa dengan pelanggaran disiplin pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:08
Last Modified: 25 Jun 2023 07:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9048

Actions (login required)

View Item View Item