Pembinaan modul sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Zakaria, Farizan (2002) Pembinaan modul sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p FARIZAN ZAKARIA.pdf

Download (685kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
FARIZAN ZAKARIA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (392kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FARIZAN ZAKARIA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (19MB) | Request a copy

Abstract

Proses pembelajaran sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar. Namun begitu prestasi pencapaian akademik rnempunyai kesinambungan dengan perancangan dan pengurusan masa seseorang pelajar. Oleh itu, sistem pengurusan masa pembelajaran yang sistematik dan teratur perlu di dalam kehidupan seseorang itu. Kajian ini cuba mengkaji dan menghasilkan satu sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Sistem yang dihasilkan adalah berbentuk risalah edaran iaitu jadual pengurusan masa pembelajaran harian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik dan penilaian semula produk. Seramai 361 pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn terpilih sebagai sampel kajian, di mana mereka dipilih secara rawak. Hasil kajian ini dianalisa dengan menggunakan peratusan dan skor min. Berdasarkan kepada hasil analisis data yang diperolehi didapati sistem pengurusan masa pembelajaran harian ini amat penting kepada pelajar iaitu dengan nilai skor minnya ialah 3.48. Manakala penilaian terhadap jadual yang dihasilkan adalah memberangsangkan. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah sistem pengurusan masa pembelajaran harian ini perlu dan amat sesuai bagi setiap pelajar kerana ianya dapat membantu mereka merancang dan mengurangkan tekanan dari segi pengurusan masa pembelajaran harian. Kata penting: Pembelajaran, perancangan, pengurusan masa, jadul waktu belajar, pelajar, sistem.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2023 02:37
Last Modified: 03 Jul 2023 02:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9117

Actions (login required)

View Item View Item