Psikologi seni pengurusan - momentum dinamika organisasi

Johar, Siti Sarawati and Isa, Khairunesa (2021) Psikologi seni pengurusan - momentum dinamika organisasi. Penerbit UTHM, UTHM.

[img] Text
B1031_680667c65240a4a073481776882b938e.pdf
Restricted to Registered users only

Download (294kB) | Request a copy

Abstract

egala pujian dan syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas rahmatNya sehingga buku yang bertajuk PSIKOLOGI SENI PENGURUSAN: Momentum Dinamika Organisasi, akhirnya sampai ke tatapan para pembaca. Dengan harapan agar ilmu dapat terus dikongsi bersama dan berupaya untuk meletakkan ketinggian ilmu di tempatnya sebagai panduan hidup. Buku ini ditulis dengan tujuan agar pembaca memperoleh sedikit sebanyak ilmu berkisar tentang psikologi dalam organisasi dan pengurusan. Dengan itu, pembaca dapat melihat suatu dimensi manusia yang mempunyai tiga domain utama iaitu minda, jiwa dan fizikal. Kekuatan dimensi itu diyakini berupaya membantu menjadikan manusia sebagai modal insan yang unggul dari sisi agama, bangsa dan negara. Buku ini menelusuri topik-topik utama yang merangkumi seni kepimpinan, seni organisasi, seni pengikut, seni pengendalian emosi dan cabaran dalam organisasi. Perbincangan bersifat ilmiah ini adalah sebagai suatu gambaran pada kesatuan epistemologi ilmu yang menjadi antara elemen utama dalam pembangunan organisasi yang terdiri daripada golongan manusia. Keupayaan dalam kerangka membangunkan sumber manusia sebagai modal insan yang berkualiti dalam dimensi minda, emosi dan tingkah laku kelas pertama adalah suatu tuntutan yang memerlukan usaha serta perhatian bersama semua pihak secara lebih kolektif dan proaktif. Perkongsian dalam buku ini juga dihasilkan secara sederhana sebagai suatu pemahaman asas dan seterusnya secara terperinci dan spesifik pada topik yang dibincangkan. Semoga input yang disediakan dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam meneroka kepentingan menguatkan modal insan dalam organisasi. Semoga buku ini mampu menjadi panduan secara ilmiah dan dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada para pembaca.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 22 Aug 2021 08:05
Last Modified: 22 Aug 2021 08:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/947

Actions (login required)

View Item View Item