Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik : kajian di kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO

Shaffai, Mohd Rakime (2002) Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik : kajian di kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD RAKIME SHAFFAI.pdf

Download (5MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD RAKIME SHAFFAI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (427kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD RAKIME SHAFFAI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat bagaimana hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Objektif kajian ialah mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian juga tertumpu kepada mengenalpasti jantina, bangsa, umur dan perkaitannya dengan pencapaian akademik. Selain itu, kajian juga ingin melihat tahap kecerdasan emosi melalui empat konstruk iaitu konstruk kawalan diri, konstruk motivasi/kesedaran diri, konstruk pengurusan emosi dan konstruk kemahiran sosial. Pembinaan manual pengukuran kecerdasan emosi juga menjadi salah satu objektif kepada kajian ini. Seramai 100 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) terlibat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data-data yang telah diperolehi telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 untuk memudahkan pelaksanaan kajian. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang lemah dengan jantina dan umur, hubungan yang sederhana antara kecerdasan emosi dengan bangsa. Bagi kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Keempat-empat konstruk juga menunjukkan tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Melalui komen dan cadangan berkaitan manual pengukuran kecerdasan emosi, secara keseluruhannya penyelidik perlu menambahkan soalan-soalan berbentuk kecerdasan emosi dan manual yang disediakan mudah untuk mereka fahami serta senang digunakan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:26
Last Modified: 21 Aug 2023 02:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9726

Actions (login required)

View Item View Item