Perlaksanaan program latihan industri bagi kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik: satu kajian di Politeknik Kota Bharu

Abdullah, Saiful Azizi (2004) Perlaksanaan program latihan industri bagi kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik: satu kajian di Politeknik Kota Bharu. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p SAlFUL AZIZI ABDULLAH.pdf

Download (5MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SAlFUL AZIZI ABDULLAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (260kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SAlFUL AZIZI ABDULLAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan program latihan industri bagi kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik mengikut perspektifpelajar. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sijil kejuruteraan Elektrik di Politeknik Kota Bharu yang telah menjalani latihan industri. In strum en kajian terdiri daripada lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5 (Statistical Package for the Social Science Version 11.5) dan dipersembahkan dalam bentuk min, peratus dan keterangan analisis. Dapatan kajian pertama berkenaan dengan pandangan responden terhadap tahap pengetahuan dan persediaan menjalani latihan industri menunjukkan purata skor min pada tahap kecenderungan yang tinggi iaitu 4.07. Begitujuga dengan dapatan kajian yang kedua berkenaan dengan pandangan responden terhadap peranan pihak politeknik dalam menentukan penempatan pelaj ar yang mengikuti latihan industri berada pada tahap kecenderungan yang tinggi iaitu purata skor min adalah 4.06. Bagi dapatan yang ketiga berkenaan dengan pandangan responden terhadap kesesuaian program latihan industri yang dijalankan menunjukkan purata skor min juga berada pada tahap kecenderungan yang tinggi iaitu 4.25. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menunjukkan reaksi yang positif di mana tiga aspek yang di kaji menunjukkan purata skor min yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1051-1072 Professional education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:30
Last Modified: 07 Feb 2023 03:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8205

Actions (login required)

View Item View Item