Harun, Mazlina (2002) Peluang kerjaya lepasan SPMV dalam bidang elektronik di sektor industri bagi menghasilkan carta aliran kerjaya : satu kajian di tiga buah kilang di daerah Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p MAZLINA HARUN.pdf Download (844kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
MAZLINA HARUN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (343kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
MAZLINA HARUN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (24MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti peluang keijaya lepasan SPMV yang mempunyai kemahiran dalam bidang elektrik dan elektronik di sektor industri, adakah kemahiran yang dimiliki tersebut dapat memenuhi permintaan pasaran pekeijaan dan untuk mengetahui bagaimanakah responden mendapat maklumat mengenai keijaya seterusnya membina satu carta aliran keijaya sebagai rujukan kepada lepasan SPMV untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di sektor industri. Kajian ini dijalankan ke atas pekeija-pekeija yang bekeija di tiga buah kilang elektrik dan elektronik yang terletak di daerah Batu Pahat iaitu Kilang Fujitsu Component(M) Sdn. Bhd, Kilang Sharp Roxy dan Kilang SKP Ind (M) Sdn. Bhd. Daripada jumlah populasi di setiap kilang kajian tersebut, seramai 44 orang pekerja telah dipilih sebagai sampel di kilang Fujitsu, 52 orang di kilang Sharp Roxy dan 32 orang di kilang SKP. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian excel dan SPSS bagi memperolehi nilai kekerapan, peratusan, dan min. Seterusnya dapatan kajian yang diperolehi, dipersembahkan dalam bentuk jadual dan histogram di mana dapatan kajian mendapati bahawa pekeijaan yang paling dominan dan sesuai bagi lepasan SPMV adalah juruteknik, penjaga mesin dan operator. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan bahawa lepasan SPMV amat diperlukan dalam sektor industri perkilangan elektrik dan elektronik. Namun mereka masih belum mengetahui tentang maklumat keijaya dan laluan keijaya yang boleh diceburi.dengan jelas. Justeru itu, bagi memastikan lebih ramai lepasan SPMV berpeluang menceburi bidang keijaya di sektor industri, carta aliran kerjaya telah dibina bagi memberi pengetahuan kepada mereka tentang laluan-laluan keijaya yang perlu dilalui.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 May 2023 02:13 |
Last Modified: | 02 May 2023 02:13 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8650 |
Actions (login required)
View Item |