Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO

Gindan, Sylvester (2001) Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p SYLVESTER GINDAN.pdf

Download (890kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SYLVESTER GINDAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (313kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SYLVESTER GINDAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini dijalankan untuk mengenai pasti faktor dalaman utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan ialah sikap dan minat; pendedahan dan kemahiran; dan beban tugas. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pensyarah dan pengajar yang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTHO. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 111 orang iaitu 51 orang atau 45.9% dari Fakulti Kejuruteraan dan 60 orang atau 54.1% dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Data kajian telah dianalisis menggunakan pakej perisian komputer SPSS versi 10.0. Ketiga-tiga faktor dalaman yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min. Hasil kajian ini mendapati faktor sikap dan minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:25
Last Modified: 21 Aug 2023 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9713

Actions (login required)

View Item View Item