Pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru teknikal sekolah menengah teknik

Ab. Halim, Zuraida (2003) Pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru teknikal sekolah menengah teknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ZURAIDA AB. HALIM.pdf

Download (790kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ZURAIDA AB. HALIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (300kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ZURAIDA AB. HALIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (21MB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang telah dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan faedah yang diperolehi hasil daripada penggunaannya. Selain itu, kajian juga meliputi sikap guru terhadap komputer dan elemen-elemen yang boleh menghalang penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai dua puluh lima (25) orang guru yang mengajar dalam matapelajaran teknik dan vokasional aliran kejuruteraan daripada dua (2) buah Sekolah Menengah Teknik dipilih sebagai responden bagi membantu menjayakan kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan juga min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan komputer untuk kepelbagaian tujuan dan bersetuju bahawa penggunaan komputer mempunyai banyak faedah serta membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru juga mempunyai penerimaan yang positif seperti minat, yakin, bersedia dan tidak lagi bimbang untuk mengaplikasikan komputer dalam pendidikan. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi penghalang penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti faktor kemudahan fizikal, faktor pengurusan sekolah , faktor galakan dan bimbingan, dan faktor kemahiran dan beban tugas

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:26
Last Modified: 21 Aug 2023 02:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9718

Actions (login required)

View Item View Item