Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP)

Mohd Nassir, Siti Nor Idayu (2016) Pelaksanaan program transisi kerjaya (PTK) murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) masalah pembelajaran (MP). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p SITI NOR IDAYU MOHD NASSIR.pdf

Download (30MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI NOR IDAYU MOHD NASSIR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI NOR IDAYU MOHD NASSIR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (325MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pembelajaran (MP). Oleh yang demikian, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar, penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP di PPKI SMK Mawar dan bagaimana PTK dengan penglibatan industri boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan untuk MBPK MP. Kaedah kajian kualitatif dan strategi kajian kes telah digunakan untuk pengumpulan dan analisis data melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan memilih 6 orang peserta kajian yang bersesuaian. Dapatan kajian telah dapat mengenalpasti dan menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan PTK untuk MBPK MP dan merungkaikan cabaran­cabaran yang wujud sepanjang program tersebut dijalankan. Selain itu, basil dapatan kajian berjaya merangka satu Kerangka Amalan Transisi Kerjaya MBPK MP sebagai panduan dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan panduan atau rujukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pihak institusi pendidikan vokasional awam dan swasta, industri, keluarga dan MBPK MP untuk melaksanakan PTK dengan berkesan. Di samping itu, beberapa cadangan telah dibuat untuk rujukan pihak berkepentingan dan kajian lanjutan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:35
Last Modified: 13 Sep 2023 07:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9988

Actions (login required)

View Item View Item