Pembangunan kerangka konsep psikologi pemain sukan sofbol di Politeknik Malaysia

Mohd Lajim, Faeizah (2020) Pembangunan kerangka konsep psikologi pemain sukan sofbol di Politeknik Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p FAEIZAH BINTI MOHD LAJIM.pdf

Download (645kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
FAEIZAH BINTI MOHD LAJIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (199kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FAEIZAH BINTI MOHD LAJIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Kegagalan pemain dalam mengawal psikologi diri sendiri boleh menyebabkan prestasi pasukan mengalami kekalahan dan menjatuhkan kedudukan pasukan pilihan. Ini adalah isu yang sangat kritikal di mana kajian-kajian lepas mendapati kurang daripada 15 hingga 20 peratus hasil kegagalan pemain memberi kesan yang negatif kepada pasukan negeri mahupun pasukan negara. Kegagalan pemain melibatkan pelbagai faktor seperti pemain sendiri, tenaga pengajar, kemudahan fasiliti dan pihak pengurusan. Kesannya psikologi pemain akan menjadi rapuh dan mudah putus asa. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kegagalan pemain dari aspek psikologi, personaliti dan motivasi pemain dalam sukan. Reka bentuk penerokaan bercampuran yang melibatkan dua fasa digunakan. Fasa pertama melibatkan enam orang responden yang terdiri daripada jurulatih sukan sofbol dan pemain sukan sofbol untuk meneroka konstruk psikologi pemain sukan sofbol. Data ini dikutip melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema untuk mengenal pasti tema-tema. Fasa kedua, kajian tinjauan melalui edaran soal selidik kepada 230 pemain sukan sofbol yang menyertai Liga Sofbol Politeknik Malaysia 2019. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian winsteps digunakan bersama perisian ‘Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Manakala dalam fasa terakhir adalah merupakan peringkat menguji dan mengesahkan kerangka yang telah dibangunkan, pengkaji menjalankan analisis komponen utama (Principal Component Analysis-PCA) menggunakan pendekatan model pengukuhan Rasch. Hasil daripada analisis komponen utama menunjukkan semua sub tema yang terdapat di dalam konstruk psikologi pemain sukan sofbol telah memenuhi kriteria dengan nilai PTMEA CORR positif dan bersifat unidimensi. Akhirnya, satu kerangka konsep psikologi pemain sukan sofbol (KKPPSS) di Malaysia telah berjaya dihasilkan. Implikasi daripada kajian ini, pihak Persatuan Sukan Sofbol Malaysia dapat memberi perhatian kepada mengenal pasti bakat pemain muda dan pemilihan jurulatih serta meningkatkan strategi dalam keberkesanan penyertaan pemain di pelbagai peringkat.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 30 Sep 2021 04:13
Last Modified: 30 Sep 2021 04:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1134

Actions (login required)

View Item View Item