Amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan modul multimedia interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

Assin, Mizan Kamalina (2013) Amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan modul multimedia interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MIZAN KAMALINA ASSIN.pdf

Download (676kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MIZAN KAMALINA ASSIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (130kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MIZAN KAMALINA ASSIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian Amalan Penggunaan Modul Pengajaran Berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bertujuan mengkaji pengaruh faktor demografi terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam amalan penggunaan MMI. Amalan penggunaan modul pengajaran berasaskan MMI yang kurang dalam kalangan guru dalam PTV perlu dipandang serius. Kemampuan MMI sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) telah terbukti keberkesanannya. Faktor demografi merupakan pembolehubah bebas kajian terdiri daripada jantina, pengkhususan akademik dan kadar penggunaan MMI guru PTV. Statistik deskriptif dan inferensi dengan ujian MANOVA digunapakai bagi menganalisis data kajian melalui perisian SPSS 16.0. Set soalan ujian yang diadaptasi daripada Teacher Technology Competencies (1998) digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pengaruh faktor jantina dan kadar penggunaan dalam amalan penggunaan MMI manakala pengkhususan akademik pula tidak mempengaruhi tahap pengetahuan dan kemahiran. Tahap pengetahuan dan kemahiran mengikut jantina di antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Skor min perempuan adalah sebanyak 58.77 berbanding 55.52 pada tahap pengetahuan. Pada aspek kemahiran, lelaki mengatasi perempuan dengan skor min sebanyak 61.00 berbanding 55.73. Kadar penggunaan didapati menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam menentukan amalan penggunaan MMI. Nilai min tertinggi diperolehi pada kadar penggunaan yang paling tinggi iaitu 6 hingga 8 kali penggunaan dalam tempoh masa seminggu iaitu 67.81 pada kedua-dua aspek pengetahuan dan kemahiran manakala pada kadar penggunaan terendah adalah bersamaan 45.40. Keputusan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah bebas itu mempengaruhi pembolehubah bersandar kajian secara individu, iaitu tiada kesan interaksi antara ketiga-tiga pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 14 Oct 2021 05:43
Last Modified: 14 Oct 2021 05:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1941

Actions (login required)

View Item View Item