Halangan personaliti dalam e-pembelajaran di Jabatan Perdagangan Politeknik Premier: satu kajian kes kualitatif

Abd Rasid, Nor Hafifah (2013) Halangan personaliti dalam e-pembelajaran di Jabatan Perdagangan Politeknik Premier: satu kajian kes kualitatif. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOR HAFIFAH ABD RASID.pdf

Download (371kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NOR HAFIFAH ABD RASID WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (561kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi memahami halangan personaliti di dalam E-pembelajaran di politeknik premier di Malaysia. Dua buah politeknik premier di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dijadikan lokasi kajian ini. Personaliti merangkupi pelbagai aspek iaitu perangai atau tingkahlaku, sikap, minat dan pengalaman. Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh potensinya untuk berkelakuan mengikut cara tertentu. Kajian ini menumpukan aspek personaliti pensyarah-pensyarah di politeknik premier sebagai skop kajian. Sampel kajian ini adalah pensyarah-pensyarah politeknik premier di Jabatan Perdagangan. Metadologi kajian ini adalah satu kajian kes kualitatif dimana kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data adalah melalui kaedah temubual, analisis dokumen, pemerhatian dan nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa personaliti pensyarah bukan merupakan penghalang penggunaan e-pembelajaran di politeknik-politeknik premier. Halangan penggunaan e-pembelajaran juga bergantung kepada halagan situasi, halangan teknologi dan halangan institusi itu sendiri. Jadi kajian lanjutan tentang hubungan keempat-empat halangan perlu dilakukan untuk menambahbaik dan memperkemaskan lagi penggunaan e-pembelajaran di institusi pengajian tinggi terutamanya di politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 00:53
Last Modified: 31 Oct 2021 00:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2007

Actions (login required)

View Item View Item