Pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi

Tee, Tze Kiong (2013) Pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p TEE TZE KIONG.pdf

Download (233kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
TEE TZE KIONG COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (66kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
TEE TZE KIONG WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan modifikasi reka bentuk Kuasi Eksperimental yang terdiri daripada tiga kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 157 orang pelajar. Ujian kemahiran berfikir aras tinggi iaitu Ujian SEA (Synthesis, Evaluation and Analysis) dimodifikasi dan diagihkan kepada sampel kajian untuk menilai tahap kemahiran berfikir aras tinggi. Rubrik peta minda Buzan dibangunkan untuk menilai tahap penguasaan peta minda Buzan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos SEA dan ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan 1 (KR1), kumpulan rawatan 2 (KR2), kumpulan rawatan 3 (KR3) dan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan. Namun begitu, hanya KR1 dan KR2 sahaja yang mempunyai perbezaan yang signifikan min markah antara ujian pra dan pos SEA secara keseluruhan. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah antara ujian pra dan pos pencapaian dalam KR1, KR2, KR3 dan KK secara keseluruhan. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara kemahiran berfikir aras tinggi dengan ujian pencapaian, r = .539, p < .05, antara peta minda Buzan dengan kemahiran berfikir aras tinggi, r = .557, p < .05 serta antara peta minda Buzan dengan ujian pencapaian, r = .513, p < .05. Secara keseluruhan, terdapat keberkesanan yang signifikan pendekatan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan menerusi penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Kemahiran Hidu

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 04:05
Last Modified: 31 Oct 2021 04:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2204

Actions (login required)

View Item View Item