Persepsi tenaga pengajar bidang hospitaliti di politeknik terhadap keperluan dan kesan program latihan ke arah pembangunan profesionalisme

Ariffin, Rosalinda (2007) Persepsi tenaga pengajar bidang hospitaliti di politeknik terhadap keperluan dan kesan program latihan ke arah pembangunan profesionalisme. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
ROSALINDA BINTI ARIFFIN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (320kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
ROSALINDA BINTI ARIFFIN - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
ROSALINDA BINTI ARIFFIN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan profesionalisme adalah satu mekanisma yang diperlukan untuk terus berada di dalam isu yang relevan kepada pekeijaan dan jawatan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti persepsi tenaga pengajar bidang hospitaliti di politeknik terhadap keperluan dan kesan program latihan ke arah pembangunan profesionalisme mereka. Sampel untuk kajian ini adalah tenaga pengajar bidang hospitaliti yang berkhidmat di tiga buah politeknik iaitu Politeknik Merlimau, Melaka, Politeknik Johor Bahru, Johor, dan Politeknik Sabak Bernam, Selangor. Hasil dapatan kajian telah di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Manakala untuk menguji korelasi pula, pengkaji telah menggunakan Pearson Product-Moment Correlation Coefficient (r). Data telah dianalisis dengan berpandukan nilai skor min yang tertinggi dan tahap persetujuan pula diteijemahkan berpandukan Mohd Najib, 2003. Untuk persepsi tahap keperluan, skor min tertinggi ialah sebanyak 4.32 dan skor min terendah ialah sebanyak 3.46. Manakala persepsi terhadap kesan latihan pula mencatatkan 4.09 sebagai skor min tertinggi dan 3.98 sebagai nilai skor min terendah. Ujian korelasi juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan diantara keperluan dan kesan program latihan. Untuk kajian yang seterusnya, pengkaji mencadangkan supaya sampel kajian ini diperluaskan lagi ke politeknik dan kolej komuniti yang menawarkan kursus yang sama.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 31 Oct 2021 06:42
Last Modified: 31 Oct 2021 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2337

Actions (login required)

View Item View Item