Abd Samad, Noorazman and Tuan Ahmad, Tuan Aidil and Ismail, Affero and Amiruddin, Mohd Hasril and Mohd Nor, Siti Nor Fazelah (2017) Kerangka pembelajaran berasaskan proses kerja Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Diploma Vokasional Malaysia. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 7 (1). pp. 1-13. ISSN 2289-7410
Text
AJ 2017 (373) Kerangka pembelajaran berasaskan proses.pdf Restricted to Registered users only Download (324kB) | Request a copy |
Abstract
Penekanan sistem pendidikan vokasional pada peringkat sekolah menegah atas lebih tertumpu ke arah memberikan kemahiran generik yang dianggap akan membuka peluang lebih cerah kepada lepasan sekolah vokasional untuk menyambung pengajian atau menceburi pasaran kerja berasaskan kemahiran yang dimiliki. Bagaimanapun adalah mengecewakan apabila layanan yang diterima oleh lepasan sekolah vokasional diberikan layan sama seperti mereka yang tanpa asas kemahiran pekerjaan dan mereka juga kurang diendahkan serta kurang dihargai oleh majikan. Fenomena ini menimbulkan persoalan adakah sistem penyampaian TVET kita mampu menepati kehendak untuk melatih dan melatih semula pekerja berpengetahuan sama pantas dengan kebolehan adaptasi kemahiran di tempat pekerjaan bagi memenuhi cabaran ekonomi berasakan pengetahuan dan pasaran. Berasaskan cabaran ini, kerajaan Malaysia telah merancang untuk menjelmakan Malaysia ke arah negara berekonomi maju berasaskan sistem penyampaian Kolej Vokasional untuk remaja pasca 15 tahun. PBPK (WPBL) adalah alat bagaimana pekerja mengkaji dan bekerja mengiikut kehendak dunia pekerjaannya dengan membina konstruk bermakna, supaya ia diperlukan oleh pekerja dalam memahami semua kemahiran pekerjaan ini. Bagaimana tugas mengenal pasti dan menjelaskan kemahiran WPBL tidak semestinya mudah. Progarm persediaan vokasional pada peringkat Kolej Vokasional sepatutnya turut mendidik bakal pekerja pada usia pasca 15 tahun sebagai warga matang, bukan setakat menjurus kepada jurusan kemahiran yang boleh dipelajari. Konsep asas WPBL adalah pembelajaran aktif sewaktu pekerja menyelesaikan masalah dalam rutin pekerjaan harian. Kertas ini mencadangkan keperluan melihat kepada kepentingan pengetahuan proses perkerjaan yang boleh diguna pakai untuk program Kolej Vokasional di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembelajaran Berasaskan Proses Pekerjaan (WPBL); Kolej Vokasional, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2361-2365 Curriculum |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 09 Jan 2022 02:25 |
Last Modified: | 09 Jan 2022 02:25 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5290 |
Actions (login required)
View Item |