Mohd Jamil, Mohd Ridhuan (2007) Reka bentuk kerangka piawalan transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHD RIDHUAN MOHD JAMIL.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD RIDHUAN MOHD JAMIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (347kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD RIDHUAN MOHD JAMIL WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (52MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan domain-domain keterampilan yang akan digunakan di dalam reka bentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Terdapat enam domain yang akan dijadikan asas dalam membentuk kriteria keterampilan tenaga pengajar TVET iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Etika & Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti Sosial. Kajian yang dijalankan ini mempakan satu kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instmmen soal selidik dan disokong oleh temubual semi-stmktur. Bilangan sampel yang terlibat 220 orang dan terdiri daripada tenaga pengajar TVET di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Sultan Azlan Shah dan para pegawai di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 for Windows (Statistical Packages for The Social Sciences). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai skor min bagi pengetahuan adalah 4.46, nilai skor min bagi kemahiran adalah 4.42, nilai skor min bagi etika & profesionalisme adalah 4.35, nilai skor min bagi proses sosial adalah 4.30, nilai skor min bagi akauntabiliti sosial adalah 4.27 dan nilai skor min bagi keusahawanan adalah 3.55. Ini menunjukkan kesemua domain keterampilan yang dinyatakan adalah diperlukan dalam mereka bentuk Kerangka Piawaian Transnasional Bagi Program Tenaga Pengajar TVET.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 21 Jul 2022 04:12 |
Last Modified: | 21 Jul 2022 04:12 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7358 |
Actions (login required)
View Item |