Kajian terhadap perspektif pelajar sarjana pendidikan (teknik & vokasional) mengenal kualiti makanan yang dijual oleh pengusaha makanan di kantin Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn: satu kajian kes

Mohamad Nor, Maryana (2001) Kajian terhadap perspektif pelajar sarjana pendidikan (teknik & vokasional) mengenal kualiti makanan yang dijual oleh pengusaha makanan di kantin Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn: satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p MARYANA MOHAMAD NOR.pdf

Download (914kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MARYANA MOHAMAD NOR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (339kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MARYANA MOHAMAD NOR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau perspektif pelajar Saijana Pendidikan (Telaiik dan Vokasional) mengenai kualiti makanan yang dijual oleh pengusaha makanan di kantin Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. Dua kantin dipilih iaitu kantin asrama dan kantin utama KUiTTHO. Kantin merupakan pusat atau tempat pelajar-pelajar mendapatkan sumber makanan dan minuman yang berkualiti dan bersih. Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca daripada keracunan makanan juga turut dilaporkan. Walaupun secara sedar atau tidak, ramai antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Berasaskan kepada perkara inilah, kajian ini dijalankan bagi mengetahui kualiti makanan yang dijual oleh pengusaha kantin tersebut dari perspektif pelajar ini sebagai pengguna. Hanya satu jenis instrumen kajian yang dijalankan dalam kajian ini iaitu kaedah tinjauan melalui soal selidik. Kaedah ini bersesuaian dengan kedudukan responden yang terlibat , iaitu terdiri daripada 113 orang pelajar Saijana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) dan 10 orang pekeija kantin. Aspek yang ditinjau adalah dari segi kebersihan semasa pengendalian dan penyediaan makanan, perspektif pelajar mengenai kualiti sesuatu makanan, corak pemilihan sesuatu makanan oleh pelajar dan perbezaan kualiti makanan antara dua buah kantin di KUiTTHO. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kualiti makanan yang dijual di dua buah kantin KUiTTHO dari perspektif 113 orang responden yang terdiri daripada pelajar Saijana Pendidikan (Teknik & Vokasional) KUiTTHO dan 10 orang pekeija kantin KUiTTHO adalah memuaskan dan juga hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud perbezaan terhadap kualiti makanan yang dijual di kedua-dua kantin yang dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TX Home economics
T Technology > TX Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 08 Sep 2022 02:19
Last Modified: 08 Sep 2022 02:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7662

Actions (login required)

View Item View Item