Kerangka kemahiran kebolehpasaran dalam pekerjaan berasaskan projek berdasarkan keperluan industri di Johor

Ahmad Zubir, Raudhah Adibah (2022) Kerangka kemahiran kebolehpasaran dalam pekerjaan berasaskan projek berdasarkan keperluan industri di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p RAUDHAH ADIBAH AHMAD ZUBIR.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
RAUDHAH ADIBAH AHMAD ZUBIR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (501kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
RAUDHAH ADIBAH AHMAD ZUBIR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (34MB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan industri di Malaysia menyediakan peluang pekerjaan berasaskan projek yang juga dikenali sebagai kerja kontrak, di mana pekerja yang diambil bekerja berlandaskan suatu perjanjian dan tempoh perkhidmatannya telah ditetapkan. Namun demikian, kekurangan dari segi kemahiran kebolehpasaran telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan graduan terutama pelajar teknikal sukar mendapat peluang bekerja di syarikat industri yang mengamalkan pekerjaan berasaskan projek. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerangka kemahiran kebolehpasaran dalam pekerjaan berasaskan projek berdasarkan keperluan industri di Johor. Seramai 377 majikan telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS versi 21. Perisian Winstep V3.69.1.11 dengan pendekatan model Rasch juga digunakan bagi menentusahkan kerangka kemahiran kebolehpasaran. Hasil analisis kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis berdasarkan status syarikat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran etika dan moral professional, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kerja secara berpasukan berdasarkan status syarikat. Penemuan kajian dijalankan ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis serta kemahiran etika dan moral professional berdasarkan jenis industri. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kerja secara berpasukan berdasarkan jenis industri. Kajian ini juga mendapati bahawa hanya elemen kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran etika dan moral professional yang disahkan sebagai faktor bagi kerangka kemahiran kebolehpasaran pelajar teknikal bagi memenuhi keperluan industri dalam menghadapi pekerjaan berasaskan projek di Johor. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berkaitan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya elemen-elemen kemahiran kebolehpasaran dapat diterapkan dalam kurikulum dan aktiviti dalam kalangan pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 15 Feb 2023 07:11
Last Modified: 15 Feb 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8339

Actions (login required)

View Item View Item