Tahap kesedaran terhadap pelan integriti Polis Diraja Malaysia 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di Daerah Klang, Selangor

Jaafar, Razi (2021) Tahap kesedaran terhadap pelan integriti Polis Diraja Malaysia 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di Daerah Klang, Selangor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p RAZI JAAFAR.pdf

Download (775kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
RAZI JAAFAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (410kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
RAZI JAAFAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (51MB) | Request a copy

Abstract

Kerajaan berusaha memantapkan integriti bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui perlaksanaan Pelan Integriti PDRM 2016-2020. Kajian ini adalah mengenai tahap kesedaran terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di daerah Klang Selatan dengan menggunakan Model KAP (Knowledge, Attitude, Practice). Objektif kajian adalah mengenal pasti tahap kesedaran terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 melalui pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan pegawai polis di daerah Klang Selatan, mengenal pasti faktor situasi terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di daerah Klang Selatan, mengkaji hubungan antara pengetahuan, sikap, dengan amalan terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di daerah Klang Selatan dan mengkaji hubungan antara faktor situasi dengan amalan terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis di daerah Klang Selatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk tinjauan. Seramai 260 responden dipilih secara pensampelan rawak mudah dan diedarkan dengan borang soal selidik yang dibina berdasarkan Pelan Integriti PDRM 2016-2020. Ujian analisis skor min digunakan untuk menjawab objektif satu dan dua manakala bagi objektif tiga dan empat adalah analisis Korelasi Spearman. Dapatan kajian mendapati tahap kesedaran terhadap Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dalam kalangan pegawai polis Klang Selatan berada pada tahap yang tinggi. Tahap kesedaran tinggi ini disumbangkan oleh tahap amalan, tahap pengetahuan dan tahap sikap pegawai polis. Faktor situasi didapati turut memainkan peranan terhadap amalan integriti. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap, situasi dengan amalan. Kesimpulannya ialah tahap kesedaran tinggi pegawai polis terhadap sesuatu program atau pelan perlu mengambil kira keadaan atau situasi yang sedang dihadapi oleh pegawai polis. Faktor situasi turut memberi implikasi terhadap amalan integriti pegawai polis.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 15 Feb 2023 07:11
Last Modified: 15 Feb 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8340

Actions (login required)

View Item View Item