Kesan penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan : kajian kes di Politeknik Kota Bharu

Iberahim, Zuhaida (2002) Kesan penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan : kajian kes di Politeknik Kota Bharu. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ZUHAIDA IBERAHIM.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ZUHAIDA IBERAHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (284kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ZUHAIDA IBERAHIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi pada hari iill telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya hanya bergantung kepada penggunaan kapur dan buku teks kini telah digantikan dengan penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang lebih efektif. ABBM merupakan sumber yang digunakan oleh guru bagi membantu menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik. Ianya terdiri daripada sumber yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti video, model, gambarajah, carta dan lain-lain. Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan kerana ianya boleh meningkatkan kefahaman pelajar. Irll bermakna penggunaan ABBM mampu memberikan pengetahuan pada tahap maksimum dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan ABBM unsur-unsur teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan lagi minat pelajar terhadap pembelajarannya. Berdasarkan kenyataan ini satu kajian dibuat terhadap kesan penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan. Objektifkajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan ABBM ke atas pencapaian pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian post yang telah diberikan. Kajian ini juga meninjau perubahan sikap pelajar terhadap penggunaan ABBM. Sampel yang digunakan ialah pelajar kursus Ukur Bahan yang sedang mempelajari mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan di Politeknik Kota Bharu. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian apabila ABBM digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala perubahan sikap pelajar terhadap penggunaan ABBM adalah sangat positif. Oleh itu penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan adalah sangat berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 03:15
Last Modified: 11 Apr 2023 03:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8577

Actions (login required)

View Item View Item