Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Che Engku Husin, Engku Intan Norazlin (2001) Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ENGKU INTAN NORAZLIN CHE ENGKU HUSIN.pdf

Download (782kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ENGKU INTAN NORAZLIN CHE ENGKU HUSIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (341kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ENGKU INTAN NORAZLIN CHE ENGKU HUSIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Kecemerlangan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi kini hangat diperkatakan. Semua pihak sibuk mendebatkan sejauh mana tabap prestasi pembelajaran mahasiswa-mahasiswi di menara gading pada masa sekarang. Ini memperlihatkan bahawa ramai pihak memandang serius terhadap prestasi pembelajaran pelajar-pelajar di universiti. Bertitik tolak daripada tulisan mereka inilah maka timbulnya keinginan dan minat untuk sama-sama mengkaji apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar-pelajar di universiti. Terdapat lima objektif utama yang digariskan dalam kajian ini. Objektif yang pertama ingin melihat hubungan antara latar belakang pelajar dengan prestasi pembelajaran pelajar. Objektif kedua pula untuk melihat hubungan antara faktor iklim universiti dengan prestasi pembelajaran pelajar. Kajian ini juga melihat hubungan antara faktor corak pembelajaran pelajar dengan prestasi pembelajaran pelajar sebagai objektif ketiga . Manakala objektif keempat dan kelima ialah untuk melihat faktor aktiviti kurikulum dan corak pengajaran pensyarah serta faktor masalah peribadi sama ada mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar atau tidak.Sampel kepada kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn seramai 300 orang. Instrument yang digunakan adalah borang soal selidik dan data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Of Social Science ( SPSS) versi 10.0 yang mana kaedah korealsi Pearson di lakukan untuk memperolehi dapatan kajian.Daripada analisis yang dibuat, dapatan menunjukkan bahawa hanya faktor latar belakang pelajar dan corak pembelajaran pelajar sahaja mempunyai hubungan dengan prestasi pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:17
Last Modified: 02 May 2023 02:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8715

Actions (login required)

View Item View Item