Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson

Mohamad @ Mohd Nor, Aryuziyanti (2004) Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ARYUZIYANTI MOHAMAD @ MOHD NOR.pdf

Download (761kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ARYUZIYANTI MOHAMAD @ MOHD NOR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (326kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ARYUZIYANTI MOHAMAD @ MOHD NOR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Kejuruteraan telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan kekerapan dan min dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan juga perisian Microsoft Excel. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABBM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah tidak pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak disediakan langsung dalam Studio Lukisan atau pengajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Kekurangan penyediaan pelbagai jenis ABBM menyebabkan kekerapan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad kepada penggunaan ABBM bukan elektronik. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Diharap pihak berkaitan bekeijasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen khususnya dalam Lukisan Kejuruteraan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:07
Last Modified: 25 Jun 2023 07:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9035

Actions (login required)

View Item View Item