Pembinaan skala d a n penentuan tahap pemikiran visual pelajar tahun satu diploma kejuruteraan mekanikal KUiTTHO menggunakan set modul soalan matematik berkaitan trigonometri dan bulatan

Mohd Alwi, Nor Shazlyn (2002) Pembinaan skala d a n penentuan tahap pemikiran visual pelajar tahun satu diploma kejuruteraan mekanikal KUiTTHO menggunakan set modul soalan matematik berkaitan trigonometri dan bulatan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NOR SHAZLYN MOHD ALWI.pdf

Download (829kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR SHAZLYN MOHD ALWI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (310kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR SHAZLYN MOHD ALWI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (34MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemikiran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dalam mata pelajaran Matematik (trigonometri dan bulatan). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina skala pembelajaran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, mengenalpasti tahap pemikiran visual berdasarkan taksonomi Bloom pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan mengenalpasti perbezaan antara pelajar yang mempunyai pemikiran visual tinggi dan rendah. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui set modul soalan matematik trigonometri dan bulatan yang diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu diploma kejuruteraan mekanikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi tujuan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar diploma kejuruteraan mekanikal memiliki pemikiran visual yang sederhana. Pelajar yang mempunyai pemikiran visual kategori baik mendapat skor pencapaian yang tinggi dan pelajar yang mempunyai pemikiran visual kategori lemah mendapat skor pencapaian yang rendah. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan kajian selanjutnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:08
Last Modified: 25 Jun 2023 07:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9050

Actions (login required)

View Item View Item