Tinjauan terhadap ciri-ciri guru pelatih ideal dalam proses pengajaran di Politeknik-Politeknik Malaysia

Adam, Azilahwati (2001) Tinjauan terhadap ciri-ciri guru pelatih ideal dalam proses pengajaran di Politeknik-Politeknik Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p AZILAHWATI ADAM.pdf

Download (837kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZILAHWATI ADAM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (309kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZILAHWATI ADAM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Latihan mengajar merupakan titik permulaan bagi guru pelatih untuk mempraktiskan segala i l m u perguruan yang telah dipelajari dalam situasi pengajaran sebenar. Maka, timbul persoalan berkaitan dengan ciri-ciri guru pelatih ideal. Bersesuaian dengan persoalan tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau ciri-ciri guru pelatih ideal berdasarkan beberapa aspek yang menjadi ukuran antaranya ialah peringkat kesediaan guru pelatih s e b e l um pengajaran, keupayaan guru pelatih untuk menarik perhatian pelajar, kemahiran pencapaian objektif pengajaran dan juga ciri-ciri ketrampilan seorang guru pelatih. Kajian yang telah dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 56 orang responden yang terdiri daripada pensyarah pembimbing pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional KUiTTHO yang menjalani latihan mengajar di 4 buah politeknik yang mewakili politeknik-politeknik di Malaysia. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Program For Social Sciences (SPSS) versi 11.0 dan Microsoft E x c e l 2 0 0 0 . Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai peringkat kesediaan yang sederhana dengan skor m i n keseluruhan 3.55. begitu j u g a dengan keupayaan menarik perhatian pelajar yang mempunyai skor min 3.42. Manakala kemahiran pencapaian objektif pengajaran dan j u g a ciri-ciri ketrampilan guru pelatih masing-masing memperolehi skor m i n keseluruhan 3 . 5 9 dan 3.79. Selain itu, analisis perbezaan menunjukkan terdapat perbezaan yang siginfikan antara peringkat kesediaan dengan keupayaan guru pelatih untuk menarik perhatian pelajar. B e g i t u juga, wujud perbezaan yang signifikan antara keupayaan guru pelatih menarik perhatian pelajar dengan kemahiran pencapaian objektif pengajaran di kalangan guru pelatih. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian pengkaji telah menghasilkan Modul Guru Pelatih Ideal di akhir kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:11
Last Modified: 30 Jul 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9400

Actions (login required)

View Item View Item