Persepsi pelajar terhadap profesion perguruan ( satu tinjauan ke atas Pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO ) )

Mohd Nawi, Damaisari and Mat Noor, Noorhaneyza and Aktar Mohamed, Norzaiti (2001) Persepsi pelajar terhadap profesion perguruan ( satu tinjauan ke atas Pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO ) ). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p DAMAISARI MOHD NAWI.pdf

Download (980kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
DAMAISARI MOHD NAWI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (431kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
DAMAISARI MOHD NAWI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar Saijana Pendidikan Teknikal di KUiTTHO terhadap profesion perguruan. Sehubungan dengan itu, kajian ini melaporkan mengenai faktoryang menarik minat dan faktor yang menolak minat pelajar terhadap profesion perguruan serta sikap pelajar terhadap profesion perguruan. Kajian ini melibatkan 270 orang pelajar Saijana Pendidikan Teknikal di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang terdiri daripada 110 orang pelajar Semester 1, 108 pelajar Semester 2 dan 52 orang pelajar Semester 3. Hasil kajian mendapati purata pelajar lelaki menunjukkan minat yang sederhana terhadap profesion perguruan. Begitu juga dengan pelajar perempuan, puratanya menunjukkan minat yang sederhana terhadap profesion perguruan kecuali pelajar perempuan yang memilih profesion perguruan sebagai pilihan pertama menunjukkan minat yang tinggi terhadap profesion perguruan. Hasil kajian juga mendapati faktor utama yang menarik minat pelajar lelaki terhadap profesion perguruan ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor untuk melanjutkan pelajaran dan gaji yang tetap. Faktor utama yang menarik pelajar perempuan ialah minat terhadap profesion itu sendiri, diikuti oleh faktor dorongan orang terdekat dan gaji yang tetap. Manakala faktor utama yang menolak minat pelajar lelaki dan perempuan terhadap profesion perguruan ialah gaji yang tidak setimpal dan peluang pekerjaan lain yang lebih lumayan. Namun begitu, keseluruhan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap profesion perguruan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:11
Last Modified: 30 Jul 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9402

Actions (login required)

View Item View Item