Kajian terhadap kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran dikalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO

Ibrahim @ Ab. Rahman, Hasbullah (2001) Kajian terhadap kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran dikalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HASBULLAH IBRAHIM @ AB. RAHMAN.pdf

Download (865kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HASBULLAH IBRAHIM @ AB. RAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (334kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HASBULLAH IBRAHIM @ AB. RAHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (17MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh pensyarah. Seramai 122 orang responden yang terdiri daripada 103 orang pelajar dan 19 orang pensyarah yang telah dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu maklumat demografi pelajar, tahap kemahiran berfikir, gaya pembelajaran dan teknik pengajaran yang diamalkan. Data-data dianalisa dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan rajah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kemahiran berfikir yang positif atau tinggi dengan nilai skor min yang melebihi 3.50. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lebih berminat mengamalkan gaya pembelajaran reflektor dengan peratusan tertinggi iaitu 50 peratus berbanding dengan gaya pembelajaran lain. Para pensyarah pula bersetuju (nilai skor min melebihi 4.0) dan menekankan 4 perkara asas dalam teknik pengajaran iaitu set induksi, penyampaian isi pelajaran, penutup dan penilaian. Beberapa cadangan dikemukakan untuk membantu pihak-pihak tertentu dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:11
Last Modified: 30 Jul 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9404

Actions (login required)

View Item View Item