Persepsi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah terhadap perlaksanaan program sijil kemahiran satu tinjauan di dua buah sekolah teknik di Negeri Johor

Mat Nor, Nor Hayati (2001) Persepsi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah terhadap perlaksanaan program sijil kemahiran satu tinjauan di dua buah sekolah teknik di Negeri Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NOR HAYATI MAT NOR.pdf

Download (986kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR HAYATI MAT NOR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (371kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR HAYATI MAT NOR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Program Sijil Kemahiran merupakan satu alternatif untuk memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam akademik untuk meneruskan pelajaran mereka. Melalui program ini pelajar mendapat kemahiran dan seterusnya mendapat persijilan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Selain dari melahirkan pelajar yang berkemahiran, program ini juga dapat melahirkan tenaga keija mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian. Sejauh mana keupayaan dan pencapaian pelajar ini? Kajian ini dibuat untuk mengetahui persepsi pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah terhadap perlaksanaan Program Sijil Kemahiran. Kajian ini penting untuk menilai keberkesanan program dan juga mengenai pasti permasalahan yang wujud. Penyelidikan yang dijalankan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dua buah sekolah yang difokuskan dalam kajian ialah Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Kluang, Johor. Seramai 146 orang yang terdiri dari 100 orang pelajar, 30 orang guru dan 16 orang pihak pengurusan sekolah telah menjadi responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga pihak menyambut baik dan menyokong perlaksanaan Program Sijil Kemahiran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa program ini memberi manfaat kepada pelajar berkenaan kerana ia dapat membantu mereka kepada peluang keijaya dengan kemahiran yang diperolehi. Melihat kepada persepsi ketiga-tiga responden, wajarlah program ini diteruskan di masa akan datang dengan memberi peningkatan dari masa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya kepada pelajar berkenaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:13
Last Modified: 30 Jul 2023 07:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9449

Actions (login required)

View Item View Item