Kajian tahap profesionalisme keguruan lepasan sarjana pendidikan KUiTTHO: penilaian kendiri

Hussin, Nor Haziah (2003) Kajian tahap profesionalisme keguruan lepasan sarjana pendidikan KUiTTHO: penilaian kendiri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NOR HAZIAH HUSSIN.pdf

Download (864kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR HAZIAH HUSSIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (329kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR HAZIAH HUSSIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO : Laporan Kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kualiti profesionalisme keguruan yang dimiliki oleh lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO di Politeknik dan mengenalpasti sejauhmana kecenderungan lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Sampel kajian adalah seramai 23 orang responden. Kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO yang bertugas di Bahagian Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Kesemua data di analisis dalam bentuk deskriptif dan frekuensi. Kaedah peratusan diguDakan untuk menganalisis data bagi latarbelakang responden. Manakala kaedah purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi ciri-ciri kualiti yang disenaraikan iaitu dari segi pengetahuan dalam bidang yang diajar, kemahiran dan kaedah pengajaran serta sahsiah yang dimiliki dan tahap kecenderungan responden untuk meningkatkan tahap profesionalisme. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai ciri-ciri kualiti yang diperlukan untuk memenuhi tahap profesionalisme keguruan dan responden juga mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan tahap profesionalisme keguruan yang ada. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar diwujudkan satu Panduan Ringkas Penilaian Tahap Profesionalisme Keguruan yang boleh digunakan sebagai kriteria/panduan dalam proses pemilihan pensyarah baru dan panduan kepada pensyarah sedia ada dan dicadangkan supaya kajian ini dilanjutkan ke seluruh Politeknik di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:13
Last Modified: 30 Jul 2023 07:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9451

Actions (login required)

View Item View Item