Kemahiran menilai maklumat web: tinjauan di kalangan Pelajar Diploma Politeknik Ungku Omar

Mohamed, Siti Farah Wahida (2008) Kemahiran menilai maklumat web: tinjauan di kalangan Pelajar Diploma Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p SITI FARAH WAHIDA MOHAMED.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI FARAH WAHIDA MOHAMED COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (353kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI FARAH WAHIDA MOHAMED WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (29MB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan sistem mentoring di dalam sesebuah organisasi yang berjaya bertujuan untuk membangunkan potensi individu atau sekumpulan yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Dalam konteks penyeliaan Projek Sarjana, bentuk hubungan ini dilihat sebagai pengawalan yang berterusan oleh penyelia terhadap pelajar daripada permulaan Projek Sarjana sehingga projek tersebut tamat. Kajian ini dijalankan untuk mengenai pasti pendekatan yang digunakan oleh penyelia, melihat persepsi penyelia dan pelajar serta perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Responden kajian terdiri daripada 28 orang penyelia dan 141 orang pelajar yang terlibat dalam Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik untuk penyelia dan pelajar yang dibangunkan berdasarkan Model Daloz yang diubahsuai berdasarkan elemenelemen bimbingan, cabaran dan visi (matlamat). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS v. 12.0 untuk mendapatkan skor min, dan menguji hipotesis nul bagi Ujian-t tidak bersandar dengan aras signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyelia menggunakan ketiga-tiga pendekatan yang diketengahkan di dalam model Daloz iaitu bimbingan, cabaran dan visi(matlamat). Hasil kajian juga mendapati majoriti penyelia mempunyai persepsi yang baik terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Manakala rata-rata pelajar kurang bersetuju terhadap penyelia dalam aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Daripada aspek perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar, terdapat perbezaan signifikan bagi kebanyakan item di antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring di dalam penyeliaan Projek Sarjana. Justeru itu, satu garis panduan mengenai penyeliaan Projek Sarjana perlu diwujudkan bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan kebaikan daripadanya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:14
Last Modified: 30 Jul 2023 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9461

Actions (login required)

View Item View Item