Keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi pensyarah politeknik lepasan KUiTTHO

W Mohd Shaufil, W Mohd Hanif (2002) Keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi pensyarah politeknik lepasan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p W MOHD HANIFF BIN W MOHD SHAUFIL.pdf

Download (906kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
W MOHD HANIFF BIN W MOHD SHAUFIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (297kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
W MOHD HANIFF BIN W MOHD SHAUFIL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Program latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan bervvibawa. Kajian yang bertajuk "Keberkesanan Latihan Mengajar Menurut Persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO" ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana tahap keberkesanan program latihan mengajar yang wajib dilalui oleh pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan. Objektif kajian adalah untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan latihan mengajar menurut persepsi Pensyarah Politeknik Lepasan KUiTTHO dalam aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran, aspek perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, aspek keperibadian dan ikhtisas serta aspek hubungan sosial dengan masyarakat institusi latihan. Seramai 71 responden dipilih secara rawak di lima buah politeknik yang terdapat di Malaysia. Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap latihan mengajar yang telah mereka jalani. Sebahagian besar daripada mereka bersetuju bahawa tahap keberkesanan latihan mengajar berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan dikemaskini bagi menjamin keberkesanannya berada pada tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, hasil daripada dapatan kajian ini. dicadangkan sebuah Buku Panduan Latihan Mengajar dengan harapan ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha untuk memastikan keberkesanan latihan mengajar dapat terus dikekal dan dipertingkatkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:14
Last Modified: 30 Jul 2023 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9467

Actions (login required)

View Item View Item