Pembangunan panduan pembelajaran kendiri remote sensing berasaskan Web Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Salian, Firhan (2003) Pembangunan panduan pembelajaran kendiri remote sensing berasaskan Web Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p FIRHAN SALIAN.pdf

Download (783kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
FIRHAN SALIAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (329kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FIRHAN SALIAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat telah memberi kesan dalam sistem pendidikan negara kita. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi seterusnya telah meningkatkan penggunaan Internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran. Penyampaian maklumat melalui teknik jaringan elektronik (web) membuatkan pelbagai maklumat mudah diperolehi selain daripada ciri-ciri paparan yang menarik perhatian pengguna untuk melayarinya. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan satu kaedah pembelajaran kendiri Remote Sensing (C518) berasaskan web terhadap para pelajar jurusan Diploma Ukur Tanah di dua buah Politeknik bagi membantu memudahkan pembelajaran serta menarik minat mereka untuk menggunakannya. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan skor min. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar setuju dengan item-item yang menunjukkan bahawa penggunaan Panduan Pembelajaran kendiri Remote Sensing (C518) dapat memudahkan pencarian maklumat, menarik perhatian serta menyediakan suatu teknik persembahan yang sesuai untuk kegunaan mereka. Oleh yang demikian beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi kesesuaian penggunaannya di kalangan pelajar Politeknik berdasarkan aspek yang memudahan pencarian maklumat, mempunyai daya tarikan serta kesesuaian teknik persembahan melalui kaedah web

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:15
Last Modified: 30 Jul 2023 07:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9478

Actions (login required)

View Item View Item