Transparensi sebagai pakej pengajaran: kajian terhadap kesesuaian penggunaan panduan ringkas di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Johor Bahru

Marjuki, Julia (2002) Transparensi sebagai pakej pengajaran: kajian terhadap kesesuaian penggunaan panduan ringkas di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Johor Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24 JULIA MARJUKI.pdf

Download (922kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
JULIA MARJUKI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (340kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
JULIA MARJUKI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keberkesanan transparensi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Responden kajian terdiri daripada pensyarah dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Johor Bahru. Seramai 120 orang pelajar dipilih secara rawak bagi mewakili populasi beijumlah 1198 orang dan 30 orang pensyarah mewakili populasi sebanyak 58 orang. Set panduan ringkas diberikan kepada pensyarah untuk dijadikan panduan dalam menyediakan nota transparensi. Nota yang telah dihasilkan akan digunakan dalam sesi pengajaran mereka. Kajian direka bentuk menggunakan pendekatan secara tinjauan dan pengumpulan data melalui kaedah instrumentasi borang soal selidik. Penganalisisan data adalah menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 10. Data dianalisis bagi mendapatkan peratusan dan j u g a min. Dapatan kajian menunjukkan 85.7% pensyarah berpuas hati dengan penggunaan nota yang digunakan oleh pensyarah. Secara keseluruhannya responden bersetuju panduan ringkas yang digunakan membantu menghasilkan nota transparensi yang b a i k di samping menjadikan sesi pembelajaran di dalam kelas lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:15
Last Modified: 30 Jul 2023 07:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9483

Actions (login required)

View Item View Item