Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bertajuk "Prosedur Ujian Bahan Binaan Jalan Raya"

Saim, Mohamed (2003) Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bertajuk "Prosedur Ujian Bahan Binaan Jalan Raya". Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHAMED SAIM.pdf

Download (3MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMED SAIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (283kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMED SAIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai penghasilan dan penilaian ke atas Video Dokumentari Pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dapat membantu dan memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di Politeknik Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah yang mengikuti modul Makmal Kejuruteraan Awam (C 303). Instrumen kajian ini ialah dengan menggunakan CD-ROM Video Dokumentari Pendidikan yang dibangunkan dan borang soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 yang melibatkan nilai skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas positif telah diberikan oleh responden terhadap pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Untuk Bahagian B (Membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar), purata nilai skor min adalah sebanyak 4.07. Manakala untuk Bahagian C (Memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran) pula, purata nilai skor min adalah sebanyak 4.14. Pengkaji berharap kajian yang telah dilakukan ini dapat diperbaiki dan diperkemaskan lagi bagi tujuan penambahbaikan oleh mereka yang berminat untuk membuat kajian yang sama pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 08:14
Last Modified: 30 Jul 2023 08:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9488

Actions (login required)

View Item View Item